jom belajar cara solat jenazah

jom belajar cara solat jenazah

Cara Mengerjakan Solat Jenazah
1) Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah.
2) Lafaz niat.Lafaz niat mayat lelaki:

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah taala”.

Lafaz niat mayat perempuan:

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah taala”.

Sekiranya kanak-kanak, tambah ayat:

1.      الطِفْلِ selepas ayat اْلمَيِّتِ dalam niat mayat lelaki untuk mayat kanak-kanak lelaki.

2.      الطِفْلَةِ selepas ayat اْلمَيْتَةِ dalam niat mayat perempuan untuk kanak-kanak perempuan.

3) Takbiratul ihram:اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.Beserta dengan niat“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

4) Takbir Pertama:Baca surah al-Fateehah…

5) Takbir Kedua:Selepas mengangkat takbir kedua, selawat ke atas nabi saw…

“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

6) Takbir Ketiga:Selepas mengangkat takbir ketiga, baca doa ini…

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

7) Takbir keempat:Berdoa lagi selepas takbir keempat…

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

8) Memberi salam ke kanan dan ke kiri.اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam

1.        Surah Al-Ikhlas 3 kali.

2.        Surah Al-Falaq 1 kali.

3.        Surah An-Nas 1 kali.

4.        Surah Al-Fatihah 1 kali.

5.        Surah Al-Baqarah ayat 1-5.

6.        Ayat Kursi 1 kali.

7.        Doa yang sesuai.

Categories: Uncategorized | Tags: , , , , , , , , | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: